Banjir rumah di sekitar kawasan Sungai Assan

Hujan lebat berterusan membuatkan sebuah rumah di Sungai Assan, Batu 2 1/2 Jalan KJD dinaiki air sekitar 2 pagi tadi. 

Setiba di tempat kejadian, pasukan Bomba mendapati sebuah rumah persendirian telah di masuki air sedalam lebih kurang 0.5 meter. 

Ketua Operasi Bomba berkata akibat dari hujan lebat yang berterusan menyebabkan berlaku limpahan air. 

Pasukan bomba telah mengarahkan keluarga tersebut berpindah sementara di rumah saudara-mara yang berdekatan. 

Setelah keadaan selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.