Banjir luarbiasa di Bintangor, Bomba pindahkan tiga beranak ke lokasi selamat

BINTANGOR: Wajah anak kecil yang sedang diangkat ahli Bomba dalam gambar ini pasti menggamit kenangan zaman kanak-kanak kita dahulu. 

Ketika orang dewasa bimbang dengan keselamatan dan kemusnahan harta benda, di mata anak-anak - air yang naik tinggi itu seolah-olah peluang untuk berpesta bermain dan mandi manda. 

Dalam gambar yang sama motosikal sudah lemas, tinggal lampu dan cermin sisi manakala kereta di tepi rumah sudah tenggelam ke paras tingkap. 

Air yang naik sangat cepat itu membuatkan tiga sekeluarga di Jalan Ming Hock di sini dipindahkan ke lokasi yang lebih tinggi dan selamat selepas tingkat bawah kediaman dinaiki air petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata, tiga sekeluarga berkenaan yang terdiri seorang wanita dan lelaki termasuk kanak-kanak dikeluarkan dari kediaman mereka dengan bantuan anggota BBP Bintangor selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.54 petang tadi.

"Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, maka tiga sekeluarga itu dipindahkan ke lokasi yang lebih tinggi dengan bantuan pasukan bomba," ujarnya.

Pasukan bomba turut mendapati paras air banjir dijalankan akan naik disebabkan oleh faktor hujan dan pasang besar pada waktu malam.

Gambar PGO Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Next Post Previous Post