Tingkat atas kediaman terbakar, lelaki bertindak terjun menyelamatkan diri

Gambar PGO Sarawak

MIRI: Seorang lelaki bertindak terjun dari tingkat atas kediamannya di Taman Lai Pau selepas bahagian tingkat atas kediamannya itu terbakar dalam kejadian yang berlaku pagi jam 10.41 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mangsa yang terperangkap di tingkat atas bertindak terjun bagi menyelamatkan diri menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada bahagian pinggang.

Sepasukan anggota BBP Miri dan Lopeng bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran bagi membantu memadam serta mengawal kebakaran. 

"Setelah bertungkus-lumus berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan 100 peratus bahagian tingkat atas kediaman berkenaan, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 10.57 pagi," ujarnya.

Unit EMRS Miri telah memberi rawatan awal kepada mangsa seterusnya menghantar beliau ke Hospital Miri bagi diberikan rawatan lanjut.
Adalah difahamkan bahawa kerja-kerja overhaul masih dijalankan di lokasi kejadian.


Next Post Previous Post