SPRM tahan 2 pegawai agensi penguat kuasa, sogokan RM5,000 lepaskan warga asing disenarai hitam

MIRI -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua pegawai sebuah agensi penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada ejen pekerja warga asing.

Suspek lelaki masing-masing berusia 51 dan 37 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Miri kira-kira jam 3 petang semalam oleh SPRM Cawangan Miri.

Menurut sumber, suspek berkenaan disyaki memperolehi suapan tersebut yang dimasukkan ke akaun bank sebagai dorongan untuk menyeludup keluar warga asing yang disenarai hitam.

Susulan itu, Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi telah membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 25 Februari selepas SPRM membuat permohon tersebut di Mahkamah Majistret Miri, pagi ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Next Post Previous Post