Sarawak perlukan RM19 bilion capai liputan penuh bekalan air menjelang 2030

KUCHING-- Memandangkan kawasan Sarawak adalah luas dengan bentuk muka bumi yang mencabar, jumlah peruntukan yang diperlukan untuk mencapai liputan penuh bekalan air adalah sebanyak RM19 billion. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata,jumlah peruntukan yang diumumkan untuk prasarana utiliti adalah tidak mencukupi 
untuk memenuhi hasrat Kerajaan Sarawak mencapai liputan penuh bekalan air 
menjelang 2030.

"Kita berharap peruntukan yang lebih besar dapat disalurkan kepada 
Sarawak untuk pembangunan utiliti.

"Saya mengalu-alukan dan berterima kasih dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ucapan Belanjawan 2023 Jumaat lalu di mana Sarawak mendapat RM5.6 billion untuk peruntukan pembangunan," katanya 

Bagaimanapun, katanya, hanya sejumlah RM2.5 billion dari jumlah keseluruhan 
RM12.1 billion untuk Sarawak dan Sabah, atau 20 peratus adalah untuk projek jalan, 
lampu jalan serta utiliti bekalan air dan elektrik di kedua-dua wilayah Sarawak dan Sabah. 

"Sarawak masih memerlukan jumlah peruntukan yang besar untuk pembangunan prasarana utiliti di luar bandar terutamanya bekalan air. 

"Kadar liputan bekalan air di 
luar bandar setakat ini hanya 67.2 peratus," jelasnya.
Next Post Previous Post