RM4.1 juta untuk majukan infrastruktur perniagaan di Miri

MIRI--Peruntukan sebanyak RM230.4 juta diberikan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri ,Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) untuk membangunkan Taman Perindustrian, Anjung Usahawan dan Pusat Pemprosesan di seluruh negeri ini di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Empat daripada projek tersebut adalah di dalam Daerah Miri dengan peruntukan sebanyak RM4.1 juta yang mana telah diluluskan.

Projek-projek tersebut adalah Estet Perindustrian Marudi (RM2.5juta); Anjung Usahawan atau Estet Perindustrian Mini Long Lama (RM1juta) ; Anjung Usahawan Beraya (RM300,000) dan RM300,000 untuk Anjung Usahawan Simpang Bekenu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri ,Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak diberi peruntukan sebanyak berkata, kemudahan infrastruktur ini dilakukan kerajaan Negeri bagi membantu memastikan kelangsungan ekosistem keusahawanan.

"Kita mahu merancakkan aktiviti perniagaan para usahawan di setiap daerah di negeri ini, maka sebab itu, Kerajaan menyediakan infrastruktur perniagaan yang lengkap dan kondusif," ujarnya pada Rabu pada majlis perasmian 'Jum Regista Bisnes' di Miri.

"Jum Regista Bisnes' dianjurkan Kementerian Awang Tengah bersama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menghimpunkan seramai 200 usahawan di daerah ini , bertujuan membantu mereka yang tidak mempunyai lesen untuk mendaftar dan seterusnya memiliki lesen atau permit perniagaan.

Teks ucapanya dibacakan timbalannya Datuk Malcom Mussen Lamoh.

Projek Anjung Usahawan yang dibina akan menyediakan ruanh kepada pengusaha mikro , kecil dan sederhana untuk memproses dan memasarkan produk -produk mereka di tempat yang lebih selesa ,selamat ,bersih dan terjamin.

Tengah turut menyeru para usahawan di negeri ini agar sentiasa komited untuk memajukan diri dan sentiasa memperbaiki produk atau perkhidmatan yang ditawarkan agar dapat menembusi pasaran global.

Hadir sama Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Dr Ripin Lamat dan Timbalan Residen Miri Juan Ubit.
Next Post Previous Post