Perahu karam di Song, seorang hilang, 6 selamat

SONG--Seorang masih hilang manakala enam lagi selamat selepas perahu dinaiki karam di sungai Nanga Song di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang masih hilang seorang lelaki dikenali Gawing ak Mancha,47.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.17 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ke lokasi kejadian.

"Ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke pekan Song dari rumah Ekeh Nanga Pan, Song.

"Setibanya di muara sungai Song perahu tersebut telah karam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, enam orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang mangsa lelaki dikhuatiri masih hilang.

"Setibanya pasukan Bomba di jeti pekan Song, pihak Bomba meminta bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di jeti pekan song untuk mengambil mangsa yang selamat di muara sungai Song menggunakan perahu kerana dimaklumkan terdapat dua daripada mangsa yang selamat masih pengsan. 

"Setiba kesemua mangsa di jeti pekan Song, pasukan Bomba bertindak membantu menyerahkan kesemua mangsa kepada pihak perubatan Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Katanya, hasil perbincangan dengan pihak polis dan ahli keluarga, operasi mencari dan menyelamat (SAR)akan bermula hari ini memandangkan keadaan gelap serta faktor keselamatan pasukan penyelamat.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.