Pencari lokan ditemukan selamat

KUCHING-- Seorang lelaki ditemukan selamat selepas dikhuatiri hilang ketika keluar mencari lokan di sungai Kampung Tabuan Lot di sini, semalam.

Difahamkan mangsa Mohamad Azmin Parlan,24, keluar dari rumah seawal jam 5.30 untuk mencari lokan seorang diri dan belum balik walaupun hari sudah gelap.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.20 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, pihak bomba mendapatkan butir-butir berkenaan mangsa sebelum melakukan kerja pencarian di kawasan sekitar yang turut dibantu penduduk kampung. 

"Setelah pencarian selama dua jam, mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat tanpa mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi tamat pada jam 11.45 malam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.