Kesalahan dadah di Miri, 18 ditangkap

MIRI--Sepanjang bulan Januari lalu, Polis Miri telah menahan seramai 18 pesalah dadah termasuk seorang wanita dibawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 ,melibatkan nilai rampasan berjumlah RM2.3 juta.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, dadah yang dirampas terdiri daripada Syabu (2,063 gram) ,548 biji Erimin 5, Ganja (16.70gram), Ketamin (2,419.8 gram), serbuk Exstatcy (42,794gram), biji Estacy (145 biji) dan serbuk magic mushroom (3.5gram).

"Kejayaan ini cerminan ketegasan pihak polis dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini," jelasnya pada Khamis semasa perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Alexson berkata, kejayaan ini turut dibantu pihak Ibu Pejabat Kontingen Polis Sarawak (IPK).

Dalam pada masa yang sama, polis Marin bersama IPD Miri turut melakar kejayaan dalam Ops Kontraban.

"Sebanyak lima kes berjaya diselesaikam melibatkan nilai rampasan sebanyak RM357,967.00 yang disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1967 (2 kes) dan dan Akta Kastam 1967 (3 kes)," jelasnya.
Next Post Previous Post