Kereta hilang kawalan lalu terbalik tengah jalan, lelaki alami kecederaan

BINTULU: Seorang lelaki berusia 52 tahun mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di tengah jalan di Jalan Tun Hussein Onn pada jam 11.20 malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.

Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta model KIA Cerato berwarna putih terbalik di atas jalan.

"Pada masa itu, mangsa yang mengalami kecederaan sudah dikeluarkan oleh orang awam yang turut berada di kawasan kejadian," ujarmya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak membersihkam tumpahan minyak yang berlaku di lokasi kejadian demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sejurus selesai, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 11.55 malam sebelum bertolak semula balik ke balai.


Next Post Previous Post