Kereta bertembung 4WD, wanita tersepit celah kereta alami kecederaan

KUCHING: Seorang wanita tersepit dalam kereta model Mazda 2 yang dinaikinya selepas berlanggar dengan 4WD jenis Toyota Hilux di Jalan Song pada pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota BBP Tabuan dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan melalui sistem Mers 999 pada jam 1.15 pagi.

Katanya, Komander Operasi, PBK II, Chaplin Wan memaklumkan bahawa bahawa berlaku kemalangan  yang melibatkan dua buah kenderaan kenderaan iaitu sebuah kereta dan 4WD.

"Kemalangan yang berlaku mengakibatkan kereta hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit yang mana terdapat seorang mangsa wanita terperangkap dalamnya," jelas beliau.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan wanita yang terperangkap dalam kereta berkenaan lalu sebelum berjaya mengeluarkannya yang turut mengalami kecederaan.

"Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak ambulan KKM untuk dibawa ke hospital.

Dua lagi mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat PKO bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Next Post Previous Post