Berita baik kepada guru Malaysia

KUALA LUMPUR— Kementerian Pendidikan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid serta menyusahkan guru.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pemansuhan ini kerana pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik dan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) terbaik hanya menambah beban tugas guru.

“Selain itu kita akan mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.

KIta juga menetapkan waktu mengunci mask rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru laitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina menambah, pelantikan pengawas peperiksaan awam dikendalikan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) juga akan terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat.

“Ia termasuk pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“KPM juga akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM,” katanya.

Selain itu, KPM juga akan memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik dariah (PBD) dengan menjadikan�Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.

Ujarnya, kementerian akan terus mendukung dan memberikan tumpuan kepada tujuh teras utama dalam hasrat melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

"Justeru, dalam teras kelima yang memfokuskan kepada is kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh para guru, KPM bersetuju untuk melaksanakan langkah segera, hasil daripada laporan awal yang diterima seperti yang digariskan."
Next Post Previous Post