Zorro K9 PDRM bantu pasukan SAR cari warga emas yang hilang di Pasir Putih, Kuala Suai

K9 Unit Sarawak, lelaki warga emas Pasir Putih, lelaki warga emas hilang.





MIRI--Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas dari Pasir Putih, Kuala Suai yang dilaporkan hilang pada awal tahun baru telah masuk hari ke tiga hari ini dengan pencarian diperluaskan sejauh tiga kilometer di kawasan kebun kelapa sawit di persekitaran rumah mangsa.

Walaubagaimanpun, SAR hari ini gagal membuahkan hasil dan ditangguhkan pada jam 6 petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah Rary Binjie, pasukan operasi hari ini turut melibat anggota Bonba dari Balai Batu Niah, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM)  turut di bantu oleh seekor anjing bernama 'Zorro' dari unit pengesan K9 polis Bintulu.


Pada sebelah Januari 1 yang lalu sekitar jam 11 pagi, mangsa berusia 61 tahun disedari telah hilang apabila bekas mertuanya ingin mengajak mangsa makan.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang berada di anjung rumah menjahit jala dan membaiki perangkap ketam. 

Melihat mangsa terus tiada di rumah sehingga petang, keluarga mangsa lalu meminta tolong orang kampung bersama-sama dengan mereka mencari mangsa di persekitaran kebun kelapa sawit hingga ke malam.

"Melihat mangsa gagal ditemui keluarga mangsa lalu membuat laporan ke balai polis dan ke Balai Bomba Batu Niah pada jam 9.54 malam," jelas Rary.

LihatTutupKomentar