Tampar pelajar: KPM tunggu laporan siasatan unit tatatertib dan integriti



NIBONG TEBAL -- Kementerian Pendidikan (KPM) selesai menjalankan siasatan berhubung kejadian jurulatih bola tampar yang menampar dua pemain pelajar perempuannya baru-baru ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata laporan siasatan telah dihantar kepada Unit Tatatertib dan Integriti KPM untuk tindakan selanjutnya lapor Bernama. 

“Ingin saya tekankan di sini, dari awal sudah kita nyatakan dalam kes ini, proses sangat penting. Kita ada ruang keadilan untuk semua pihak malah guru tersebut (jurulatih) juga boleh buat representasi. KPM tidak berkompromi soal keganasan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal mengulas mengenai seorang jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14) yang menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan berlangsung di Johor pada 14 hingga 16 Sept 2022.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan jurulatih itu bertindak menampar dua pemain ketika membimbing pasukan Melaka dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun.

Ekoran insiden di Johor itu, jurulatih bola tampar tersebut, Saiful Hadee Amar, 44, memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya dan sedia berdepan tindakan yang bakal diterima.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.