Rayong fail petisyen bantah keputusan PRU-15 bagi Parlimen Lubok Antu

 


KUCHING-- Dr Johnical Rayong Ngipa menerusi barisan peguamnya memfailkan petisyen bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang sudah diumumkan bagi kerusi Parlimen Lubok Antu

Petisyen itu difailkan Rayong yang diwakili peguamnya, Clement Wong di Mahkamah Kuching hari ini

Beliau ketika ditemui pemberita selepas memfailkan petisyen itu berkata, beliau mendakwa berlaku ketirisan dalam penjumlahan undi bagi kawasan tersebu

Katanya, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperolehi, beliau mendahului jumlah undi berbanding calon lain iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Roy Angau Gingkoi, calon Perikatan Nasional (PN) Jugah Muyang dan calon Pakatan Harapan (PH), dan Langga Lia

Tegasnya, beliau yang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap keputusan itu sebelum ini telah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan pengiraan semula jumlah undi berkenaa

"Ketika Pegawai SPR mengumumkan keputusan rasmi sekitar jam 10.30 malam, saya dimaklumkan bahawa saya tewas dengan hanya 100 majorit

"Saya mahu SPR merujuk semula berapa jumlah pengundi yang keluar mengundi, berapa jumlah undi rosak dan berapa undi dikembalika

"Itu penting kerana jumlah majoriti yang hanya 100 undi itu terlalu kecil dan meraguka

"Sehubungan itu, saya memohon SPR menilai semula dan menyemak kembali keputusan undian ini,” katanya

Namun, kata Rayong, permintaannya itu tidak diendahkan dan ditolak oleh pegawai pilihanraya yang bertugas bagi kerusi Parlimen berkenaan

Tambahnya lagi, semasa pegawai SPR mengumumkan keputusan itu, beliau telah meminta pegawai SPR mengira semula namun permohonannya ditola

"Permohonannya saya ditolak tanpa memberitahu sebab-sebab penolakan," katany

Berikutan itu, beliau memberitahu , pihaknya mengemukakan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas PRU-15 bagi membantah keputusan yang sudah diumumka

Untuk rekod, penyokong Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan pengundu di Lubok Antu juga telah tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut

Pada PRU-15 lalu, Parlimen Lubok Antu menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu calon GPS, Roy Angau Gingkoi yang menang selepas mendapat 6,644 undi manakala Rayong memperolehi 6,544 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Jugah Muyang memperoleh 5,360 undi dan calon Bebas, Langga Lias, 746 undi.



LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.