Minuman keras ditemukan di kawasan semak sempadan Entikong


KUCHING — Pasukan Petugas Keselamatan Sempadan Indonesia-Malaysia (Satgas Pamtas) menemukan sekotak minuman keras di kawasan semak dipercayai cuba di seludup ke negara jiran, di laluan tikus Pos Rentas Sempadan (PLBN) Entikong, semalam.

Komander Pasukan Petugas Pamtas Indonesia-Malaysia (Dansatgas) Yonif 645 Gardatama Yudha, Leftenan Kolonel Infantri (Lt. Kol. Inf) Hudallah berkata, Pasukan Peronda Keselamatan Pos Komando Taktikal (Kotis) Gabma Entikong pada Ahad menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut.
“Semasa rondaan, pasukan menemukan kotak yang disembunyikan dibawah timbunan dedaun. Pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi 12 botol jenis Likeur Vodka, 2 botol Likeur Wu Chia Pi, dan 2 botol Likeur.
Minuman keras ini dipercayai cuba diseludup ke Indonesia dan sengaja ditinggalkan pemiliknya kerana kerana kawalan ketat di sempadan kedua-dua negara,” menurut Dansatgas dalam kenyataan dipetik PontianakPost hari ini.
Susulan itu penemuan itu kemudian diserahkan kepada Kastam dan Eksais Entikong untuk pemprosesan data mengikut prosedur pengendalian selanjutnya.
Selain memastikan semua warga Indonesia yang pulang dari Malaysia perlu melalui saluran rasmi dan melalui beberapa siri pemeriksaan, rondaan keselamatan juga dilakukan bagi mengelak aktiviti haram berlaku seperti mencegah penyeludupan narkotik dan kemasukan barangan haram yang lain.
“Pengawasan laluan haram atau laluan tikus di sempadan Indonesia-Malaysia akan terus diperketat bagi mengelak aktiviti haram atau penyeludupan narkotik dan lalu lintas barang dan manusia,” kata Dansatgas.
Next Post Previous Post