Isteri pertama dan isteri muda lagenda bola sepak Malaysia berentap
SHAH ALAM: Bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an dan kini jurulatih, yang menjadi tumpuan selepas berkahwin kali kedua, sekali lagi terpalit dalam kontroversi kerana pergaduhan didakwa membabitkan dua isterinya, semalam.
Berita Harian Online melaporkan isteri pertama dan madunya itu didakwa bergaduh di sebuah restoran di sini, dikatakan kerana perselisihan faham.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lokasi pergaduhan berkenaan di sebuah restoran di sini.
"Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam)," katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.