Mesyuarat Jawatankuasa Khas MA63 di Kuching, Februari

PUTRAJAYA - Mesyuarat jawatankuasa khas mengenai MA63, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, akan diadakan di Kuching akhir bulan depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet membincangkan secara panjang lebar mengenai keperluan kemahuan politik kerajaan untuk komited kepada MA63, yang sudah lama tertangguh.


Anwar berkata semua projek kerajaan di Malaysia Timur di bawah bajet RM50 juta kini akan diputuskan oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sendiri, dan tidak perlu melalui Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Perdana Menteri berkata demikian sebagai langkah awal menunjukkan kerajaan serius dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lapor The Star. 

Anwar berkata ini telah diputuskan oleh Kabinet kerana banyak projek di Sabah dan Sarawak telah ditangguhkan kerana birokrasi dalam membuat keputusan daripada Kerajaan Persekutuan. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini Rabu (4 Jan).

Terdapat juga peruntukan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan yang dibuat untuk Sabah dan Sarawak, yang akan diberikan melalui Kementerian Kerja Raya. 



 
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.