Lelaki Indonesia dilaporkan hilang dijumpai terapung di air terjun di Belaga

 


BELAGA-- Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dilaporkan hilang pada Sabtu di kawasan air terjun berhampiran Kilang Menawan Wood Sdn Bhd di sini ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Basrol berusia 22 tahun dijumpai terapung sekitar jam 12.02 tengah hari tadi. 



"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Mayat mangsa telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan media hari ini. 




Berikutan penemuan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 2 petang. 

Pada Sabtu lalu, bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa yang dikhuatiri lemas di kawasan air terjun berkenaan sekitar jam 3.40 petang. 


Next Post Previous Post