Hilux bertembung Wira: Seorang tersepit dalam kemalangan di Jalan Stephen Yong

 


KUCHING-- Seorang lelaki tersepit selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pikap di Jalan Stephen Yong di sini tengah malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 1 pagi tadi dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.



"Sampai lokasi kejadian, pasukan memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah Toyata Hilux yang bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira. 


"Terdapat seorang  pemandu yang berada dalam kereta Proton Wira tersebut tersepit  dan telah berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh Pasukan Bomba," katanya menerusi kenyataan media hari ini.



Manakala Pemandu Toyota Hilux katanya, telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Borneo Medical Center oleh keluarga mangsa. 


Sementara pemandu Proton Wira pula jelasnya  telah dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS bomba.



"Seterusnya bomba membuat kerja-kerja pembersihan dilokasi kejadian bagi memastikan keadaan jalan raya tidak merbahaya kepada pengguna kenderaan yang lain," ujarnya.


Setelah keadaan terkawal  dan selamat pasukan bomba berangkat balik ke balai.



LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.