Kereta terjunam Sungai Maaw: Dua mangsa, kereta berjaya ditemukan

SIBU-- Mayat dua mangsa kereta terjunam dalam sungai di jeti feri Tanjung Kunyit Sungai Maaw di sini berjaya ditemukan hari ini. 
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mayat pertama dilaporkan dijumpai timbul di Sungai Lebaan oleh orang awam sekitar jam 10.11 pagi. 
Tambahnya lagi, sekitar jam 11.15 pagi Bomba bersama Polis Marin ke lokasi mayat dijumpai timbul yang dilapor oleh orang awam menggunakan bot Polis Marin dan tiba 32 minit kemudian. 
"Pada jam 11.47 pagi, pasukan SAR tiba di lokasi lalu mengambil mayat pertama dan sekitar jam 12.21 tengah hari mayat kedua berjaya ditemui iaitu seorang wanita yang dikenal pasti adalah mangsa ketiga dan telah dibawa ke Terminal bot Express dan diserah kepada polis," jelasnya.
Mengulas lanjut, PGO Bomba Sarawak memaklumkan, kerja-kerja mengangkat kereta terbabit dari dalam sungai berjaya dilakukan sekitar jam 4.47 petang tadi. 
Berikutan itu, katanya operasi SAR ditamatkan sekitar jam 5.24 petang. 
Pada Sabtu lalu, bomba menerima panggilan berhubung insiden kereta jatuh dalam sungai di jeti feri Tanjung Kunyit Sungai Maaw sekitar jam 7.11 pagi.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa selamat iaitu doktor gigi dikenali sebagai Brayant Magnus Ting Shang, 38 tahun.
Gambar ihsan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.