Kereta bertembung pikap, lelaki patah paha kanan

BAU-- Dua kanak-kanak mengalami detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka bersama ahli keluarganya bertembung dengan sebuah pikap di hadapan Sekolah Chung Hua Triton di sini awal pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 5.54 pagi tadi dan mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi. 
"Kereta terbabit dipandu bapa kanak-kanak tersebut bersama dua lagi penumpang, wanita dewasa. 

"Tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah pikap yang bertembung dengan sebuah kereta dan terdapat seorang pemandu di dalam kereta tersepit. 
"Pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan pada paha kanan yang patah manakala empat lagi ahli keluarganya termasuk dua kanak-kanak, lelaki dan wanita, yang menumpang mengalami kecedaraan ringan," katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Jelasnya lagi, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
Sementara itu, pemandu pikap berjaya keluar dengan selamat dan mengalami kecederaan ringan.

"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan di bawa ke hospital dengan menggunakan ambulan dan unit EMRS bomba," ujarnya. 

Setelah keadaan terkawal  dan selamat pasukan bomba berangkat balik ke balai.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.