Dr Sim kagumi anak Sarawak berjaya di Holywood

KUCHING-- Pemenang Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di Hollywood yang merupakan anak Sarawak, Alvin Wee disapa mesra Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian ketika berkunjung di sebuah kedai makan di Batu Kawa.

Kepulangan Alvin ke Sarawak sememangnya sesuatu yang dialu-alukan selepas mengharumkan nama Malaysia amnya dan Sarawak khasnya di pentas dunia.
Dr Sim dalam hantaran di Facebooknya melahirkan rasa bangga kerana dapat bertemu dan beramah mesra dengan penerbit dan pemuzik kelahiran Kuching itu.

"Selamat kembali ke tanah air selepas pulang dari Hollywood, Alvin Wee yang telah menempa sejarah dengan menjadi individu pertama Malaysia yang memenangi Anugerah CAS di Holywood.
"Apabila kamu menjadi orang Sarawak, kamu akan menjadi orang Sarawak tidak kira di mana anda berada di dunia.

"Terima kasih banyak atas kesudian meluangkan masa anda bersama pasukan kami, kuanter bergerak SUPP di Batu Kawa Kopitiam," katanya.

Pada Mac tahun lalu, Alvin Wee, memenangi kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi dalam Anugerah CAS 2022 di Hollywood kelmarin.
Beliau berjaya mencipta sejarah sebagai rakyat Sarawak pertama memenangi trofi pada anugerah itu.

Alvin dan pasukannya dicalonkan menerusi hasil kerja dalam siri animasi Disney, Ecanto menewaskan tiga karya yang menjadi calon akhir lain termasuk Raya and The Last Dragon yang skripnya dihasilkan secara bersama oleh penulis Malaysia, Adele Lim.
Dua lagi yang tersenarai bagi kategori itu ialah Luca dan Sing 2.

Alvin, pemegang Ijazah Penulisan Kontemporari dan Produksi Muzik daripada Kolej Muzik Berklee, Boston , Amerika Syarikat sebelum ini turut bertindak sebagai pembantu penerbit album artis terkenal termasuklah Bruno Mars, Katy Perry dan Rihanna.
Pada tahun lepas, Alvin terlibat dengan penghasilan lagu Sarawak Gemilang sempena Hari Sarawak selain menyumbang kepakaran bagi penghasilan lagu Malaysia Prihatin ketika sambutan Hari Malaysia pada 2020.


Next Post Previous Post