Jalan Nanga Padeh bah!


BETONG: Bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku, orang ramai diminta untuk tidak menggunakan Jalan Nanga Padeh buat sementara waktu pagi ini.

Ini berikutan jalan terputus kerana laluan dinaiki air disebabkan hujan lebat sepanjang malam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan (PA) Desem Samuel memberitahu air naik mendadak separas lutut di kawasan Jalan Nanga Padeh dekat sini.

"Orang ramai yang sering menggunakan laluan tersebut untuk keluar masuk ke Betong diminta tidak menggunakan dahulu jalan tersebut buat sementara waktu kerana air naik berikutan hujan turun semalaman di kawasan Betong.

"Ini mengelakkan berlakunya kelewatan jika jalan tidak dapat dilalui. Bagi yang menggunakan jalan untuk ketempat kerja atau urusan penting untuk kesesuatu tempat agar menggunakan jalan alternatif lain yang lebih selamat," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Tambahnya, APM Betong menerima laporan berhubung kawasan yang dinaiki air oleh orang awam.

"Anggota bertugas telah hadir untuk melakukan pemantauan dikawasan terbabit mendapati laluan keluar ke Jalan Pan Borneo yang melalui kawasan Nanga Padeh, Nanga Bran, Pedanum dan Graji atas telah terputus hubungan kerana air masih dalam.

"Kedalaman air separas lutut tidak dapat dilalui kenderaan 

Beliau turut berpesan kepada umum untuk sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca pada masa sekarang dan bagi yang mengguna kenderaan untuk menjaga keselamatan masing-masing.

"Hujan yang kadangkala turun di beberapa kawasan disini memungkinkan jalan menjadi licin dan pandulah berhati-hati," ujarnya.
Next Post Previous Post