Bagasi berisi bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuh Raya Plus

Gambar Kredit Facebook


KUALA LUMPUR -- Sebuah bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata beg berkenaan ditemukan orang awam pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya ketika dihubungi lapor Bernama.

Beliau berkata setakat ini polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Next Post Previous Post