Ambulans enggan hantar pesakit luka parah ke hospital, KKM akan siasat Lukanisman Awang Sauni



MIRI -- Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum insiden seorang pesakit di Belawai (Sarawak),yang mendakwa dinafikan daripada menggunakan perkhidmatan ambulan Klinik Kesihatan itu pada 18 Januari lalu , selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia ,Lukanisman Awang Sauni ketika ditemui di Miri pada Jumaat, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian dan menyeru agar pengadu membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan pihaknya (Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM) melakukan siasatan dan tindakan lanjut.

"KKM telah mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak," ujarnya ketika ditemui selepas melawat Rumah Anjung Kasih di Hospital Miri bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Nancy Shukri.

Ujarnya, KKM akan melihat dari semua sudut bagaimana dan mengapa insiden itu boleh berlaku.

Lukanisman turut mengucapkan terima kasih kepada warganet yang telah berkongsi kejadian tersebut di media sosial.

Pada 20 Januari yang lalu, satu hantaran mengenai kejadian telah dimuat naik di laman facebook pemilik akaun bernama Amiruddin Bakri, yang mana beliau mendakwa seorang warga emas lelaki berusia 72 tahun dinafikan menggunakan perkhidmatan ambulans dari sebuah klinik kesihatan di daerah Belawai selepas terlibat satu kemalangan.

Susulan keengganan pihak klinik kesihatan tersebut yang enggan menghantar mangaa menggunakan ambulans, pemilik akaun dan rakan-rakannya menghantar sendiri mangsa ke Hospital Sibu yang memakan masa 2 jam perjalanan.
Next Post Previous Post