Wanita curi gelang emas untuk langsaikan hutang kereta kekasih ditahan

Seorang wanita ditahan di sebuah pangsapuri di Rawang, Seorang wanita ditahan kerana mencuri seutas gelang tangan emas, Wanita curi gelang emas

SEREMBAN-- Seorang wanita ditahan di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor kerana mencuri seutas gelang tangan emas dipercayai bagi melangsaikan hutang kereta milik teman lelakinya pada 16 Dis lepas.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata wanita berusia 22 tahun itu mengaku mencuri gelang tangan tersebut dari sebuah kedai emas di Port Dickson pada 7 Dis, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza.


“Pada hari kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, polis terima laporan daripada pembantu jurujual di kedai emas itu memaklumkan telah didatangi satu pasangan yang ingin membeli barang kemas, dan mengambil seutas gelang tangan emas pada 11.38 pagi.


“Suspek kemudian secara tiba-tiba telah membawa lari seutas gelang tangan tersebut dianggarkan berjumlah RM15,000, namun polis berjaya merampas kembali gelang tangan emas yang telah dipajak di sebuah kedai pajak gadai di bandar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata wanita terbabit yang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan telah pun dihukum penjara sehari dan didenda RM7,000.


Aidi Sham berkata polis kini masih mengesan teman lelaki suspek, Muhammad Haikal Izhar, 20, beralamat di Bandar Sri Sendayan yang turut terlibat dalam kes kecurian tersebut, dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazizi Abas di talian 019-3471916 / 06-6472344.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.