Sarawak jana resit pelancongan RM3.87 bilion

Sarawak mencatatkan RM3.87 bilion bagi resit pelancongan, Sarawak jana resit pelancongan RM3.87 bilion
Air terjun semakin menjadi tumpuan utama pelancong untuk datang ke Sarawak. Gambar arkib

KUCHING-- Sarawak mencatatkan RM3.87 bilion bagi resit pelancongan dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, berbanding RM537.17 juta tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Salleh Askor.


Beliau berkata ini menunjukkan bahawa pelancongan Sarawak akan melalui tahap pemulihan yang sihat tahun depan.


“Kami juga melepasi sasaran 1.2 juta pelawat untuk 2022 dan dari Januari hingga November tahun ini, kami merekodkan lebih 1.6 juta ketibaan pelawat ke Sarawak, peningkatan lebih 900 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam ucapan di majlis Malam Media STB, malam tadi.


Sharzede berkata Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023 akan diadakan dari 23-25 Jun tahun depan dan dianjurkan sepenuhnya secara fizikal.


Sementara itu, beliau berkata STB juga sedang berusaha keras untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi ekopelancongan terkemuka dunia sambil bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan pelancongan bagi melibatkan mereka dalam amalan bertanggungjawab.


“Ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 negeri dan Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga 2021–2035.


"Kami juga giat memperjuangkan inisiatif Pelancongan Berasaskan Komuniti dengan melibatkan diri dengan rumah panjang berlesen dan berdaftar di kawasan luar bandar," katanya, lapor Bernama.


Sharzede menambah memandangkan tarikan air terjun Sarawak semakin menjadi tumpuan pelancongan, STB bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk membangunkan tempat pelancongan yang lebih mudah diakses dan mesra keluarga.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.