Prasarana ICQS Sungai Tujoh Miri perlu dinaik taraf , elak isu baris panjang tidak berulang setiap tahun-Lee


MIRI--  "Tak kan setiap tahun kita macam ini," itulah luahan Menteri Pengankutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin susulan isu baris panjang di Pos Kawalan Komplek Imigresen, Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, pada Khamis.


Berikutan itu, Lee telah meminta agensi terlibat di ICQS Sungai Tujoh,  membuat satu kertas kerja  membaik pulih prasarana di situ bagi pertimbangan serius pihak kerajaan pusat dalam menyelesaikan beberapa isu berkaitan , termasuk baris panjang kenderaan pegembara yang datang dari arah Brunei memasuki Daerah ini.



"Dengan adanya kertas kerja itu, sekurang-kurangnya kita dapat melakukan sesuatu dalam usaha kita menaik taraf kemudahan ICQS Sungai Tujoh ini pada tahun hadapan," katanya.


Terdahulu, Lee menghadiri sesi taklimat bersama beberapa pegawai Imigresen dan Kastam di ICQS Sungai Tujoh.



Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi taklimat tersebut yang berlangsung sekitar 45 minit, termasuklah isu baris panjang yang dihadapi pengembara dari arah Brunei Darussalam ketika hendak memasuki Miri.


"Kemudahan perkhidmatan prasarana IQCS Sungai Tujoh ini amat perlu dinaik taraf bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan keluar masuk lancar , terutama ketika waktu puncak dan hujung minggu,....kita tak nak, pelawat menunggu berjam-jam ketika hendak memasuki IQCS ini," tegasnya.



Katanya, sudah tiba masanya untuk reka bentuk prasarana di ICQS Sungai Tujoh ini diubah mengikut keperluan semasa.


Sejak beroperasi hampir 15 tahun yang lalu, ICQS Sungai Tujoh, merupakan pintu keluar masuk pengembara  bukan sahaja dari negara jiran Brunei, malah, penduduk dari Limbang, Lawas dan Sabah.



Untuk rekod, jumlah kemasukan dan keluar pengembara pada hari biasa sebelum pandemik COVID-19 sekitar 3,000 sehingga 4,000 orang, manakala pada hujung minggu 5,000 hingga 7,000 orang sehari.


Turut hadir pada sesi taklimatbtersebut adalah Ketua Cawangan Perkastaman Miri Adriana Saaid, Timbalan Ketua Imigresen Miri Mohammad Faiz Firdaus  Mat,  Pegawai Daerah Miri.


Siti Rohanie Yusuf, dan Nora Shafia Muhiyuddin Pemangku Ketua Seksyen Perancangan dan Pembangunan Sosial, Pejabat Residen Bahagian Miri.

Next Post Previous Post