Peningkatan kes Covid-19 di China membimbangkan
GENEVA—Jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di China amat membimbangkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Beijing menumpukan usaha memvaksin kumpulan yang berisiko.
Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada Rabu, WHO menyokong usaha vaksinasi yang dilaksanakan China, lapor Bernama.
Beliau berkata untuk menjalankan penilaian risiko menyeluruh tentang situasi di China, pertubuhan ini memerlukan maklumat lebih terperinci mengenai tahap keseriusan penyakit itu dan bilangan kemasukan ke hospital.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, sebanyak 2,286 kes baharu dikesan sepanjang beberapa hari lalu dan secara keseluruhan, sehingga 16 Dis seramai 34,334 orang dijangkiti COVID-19.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.