Pelajar sakit perut, kencing berdarah dipercayai dipukul

Pelajar lelaki cedera dipukul senior di sebuah sekolah berasrama di Bentong, Pelajar di pukul di sebuah sekolah di Bentong, Pelajar dipukul senior

KUANTAN-- Seorang pelajar lelaki cedera dipercayai dipukul pelajar berusia 17 tahun di sebuah sekolah berasrama di Bentong, semalam. 


Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata ketika pulang ke rumah, mangsa yang berusia 16 tahun mengadu kepada bapanya bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian perut dan kencing berdarah.


Beliau berkata sejurus itu, pelajar tersebut dibawa ke Hospital Bentong dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa disyaki dipukul. 


"Mangsa kemudian menceritakan bahawa dia telah dipukul di bahagian badan dan kaki oleh seorang pelajar ketika sedang tidur di asrama pada pukul 2 pagi," katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor Bernama.


Sehubungan itu, mangsa dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong juga telah berhubung dengan pihak sekolah tersebut. 


Katanya kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.