Pameran 'Taste of Indonesia' menghimpunkan berbagai produk makanan dari tiga kepulauan negara itu kepada pengguna di Miri dan negara Brunei Darussalam

Berbagai jenis produk makanan dari tiga kepulauan Indonesia, Pameran 'Taste of Indonesia', Produk makanan dari tiga kepulauan negara

MIRI--Berbagai jenis produk makanan dari tiga kepulauan Indonesia iaitu Kalimantan Barat, Kalimantan Utara dan Tarakan dipamerkan untuk dijual dalam acara pameran yang julung kali diadakan melalui  'Taste of Indonesia' yang kini sedang berlangsung di Pasaraya Everrise Bintang Megamall Miri.


Acara tersebut merupakan inisiatif  pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam membantu mempromosikan produk makanan dari negara jiran tersebut kepada pengguna di sini termasuk dari negara Brunei Darussalam.



Sementara itu, Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang dalam ucapan perasmian pembukaan acara pameran tersebut pada Sabtu berkata, ia bukan sahaja membantu mempromosikan produk makanan negara Indonesia kepada pengguna di sini dan negara jiran Brunei, malah dilihat dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Indonesia dan Sarawak pada amnya ,khususnya Miri.


"Saya percaya, dengan penganjuran pameran ini, ia dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik antara kedua-dua negara," ujarnya.



Teks ucapan Yii dibaca timbalannya, Julaihi Muhammad.


Pameran dua hari itu telah bermula sejak 2 Disember lalu, dan akan berakhir pada Ahad ini (4 Dis).


Turut hadir ialah Konsulat--general Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono,  Duta Besar Indonesia ke Brunei Darussalam , Dr Sujatmiko M.A dan Datuk Bandar Perbandaran La Trinidad Romeo Kimo Salda.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.