Mangsa banjir terima bantuan one off RM1,000 – Abang Jo

Abang Johari menyantuni mangsa banjir di PPS Sungai Berdaun hari ini.

Long Bemang : Kerajaan ada cadang pindah kampung dan rumah panjang kawasan rendah tepi sungai, tetapi ada bantahan


KUCHING-– Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sudah membuka enam pusat pemindahan sementara banjir di seluruh Sarawak setakat ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


Dua pusat pemindahan di Bau, Kuching sebuah, Kota Samarahan dua dan sebuah di Sebuyau menempatkan sebanyak 73 keluarga membabitkan 305 mangsa.


Abang Johari, Nancy bersama yang lain melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sungai Berdaun.


Abang Jo berkata dibawah JPBNS sudah bersedia hadapi banjir di Sarawak kerana lazimnya hujan lebat berlaku di penghujung bulan Disember, Januari dan Februari.


Kita meminta rakyat supaya berhati-hati khususnya mereka yang tinggal berdekatan sungai, rayu beliau.


3. Abang Johari semasa sidang media selepas melawat mangsa banjir di sini hari ini, kelihatan sama Uggah dan Nancy (kanan).


“Kalau pihak berkuasa menasihatkan berpindah, patuhilah arahan pihak berkuasa demi keselamatan.


Abang Jo juga berkata pihak DID dan LCDA sudah diarahkan menyelaras projek pembangunan di kawasan terbabit berdasarkan kelemahan yang sudah dikenalpasti supaya tidak menyebabkan banjir sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.


Kata Abang Jo, kawasan itu bakal menempatkan extended family dari program penempatan semula Darul Hana yang memerlukan sistem perparitan yang baik, supaya tidak menjejaskan masyarakat setempat yang sudah mendiami kawasan itu. 


Kita akan membelanjakan sejumlah wang untuk sistem parit dan taliair bagi kawasan ini untuk menyelesaikan masalah jangkamasa panjang selaras dengan Pelan Induk (Master Plan).


Saya nasihatkan rakyat supaya berhati-hati dalam masa tiga bulan ini, ikut segala nasihat pihak berkuasa.


Pengerusi JPBNS, merangkap Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pihaknya akan memberikan bantuan makanan serta wang ihsan RM1,000 bagi setiap keluarga terjejas yang terpaksa dipindahkan. 


“Ini kadar yang baru, dahulu RM500 – mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri naikkan kepada RM1,000. Bagi mangsa yang terjejas tetapi tidak berpindah, akan dipantau oleh jawatankuasa bencana daerah dan diberikan bantuan mengikut kesesuaian,” kata Uggah.


Uggah berkata semua unit JPBNS di peringkat daerah sudah diaktifkan, Residen dan Pegawai Daerah sudah mengenalpasti semua kampung berisiko di kawasan masing-masing supaya bantuan segera dapat dihulurkan.


Abang Jo berkata pengalaman mengendalikan banjir pihak JPBNS peringkat daerah mempermudahkan proses bantuan disalurkan secara bersistem dan teratur.


Bagi kawasan yang sentiasa dilanda banjir seperti Long Bemang yang mengalami sehingga sembilan kali banjir setakat ini, Abang Jo berkata pihaknya sudah mencadangkan kampung itu dipindahkan, termasuk sekolah yang terlibat, malangnya terdapat bantahan serta ramai pihak tidak bersetuju kerana mereka mempunyai nilai sentimental terhadap kampung halaman, tanah tumpah darah mereka.


“Memang kita identify (mengenalpasti) untuk mereka dipindahkan ke tempat lebih tinggi, termasuk sekolah yang terletak tepi sungai, tapi ia mengambil masa. Ada pula masyarakat kita tidak mahu pindah, ia akan menjejaskan cara hidupnya. Cara hidup lama (tradisi) berdekatan dengan sungai, apabila kita minta mereka pindah ke atas, agak berat mereka hendak berpindah. Ini masalahnya, masalah mindset. Kita minta mereka pindah, particularly sekolah kita sudah minta dengan Jabatan Pendidikan, khususnya di Baram ke kawasan yang lebih tinggi, di Bintulu di Ulu Segan ada buaya, kita pindah ke tempat yang lebih tinggi serta selamat. Sekolah senang kita pindah, rumah panjang susah sedikit,” jelas Abang Johari. 


Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Next Post Previous Post