Kayu balak haram bernilai RM408,000 dirampas



SIBU-- Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu merampas 160 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dianggarkan bernilai RM408,000 dipercayai diperoleh secara haram di perairan Pulau Dudong, sungai Batang Rajang di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, anggota yang menjalankan Op Pensura menggunakan bot ronda PGR 8 menemui satu longgokan kayu balak yang telah diikat menjadi rakit jam 9 pagi.


"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kayu balak terbabit tidak mempunyai tukul Jabatan Hutan Sarawak(JHS) dan dipercayai diperoleh secara haram," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.


Rampasan dilakukan mengikut Ordinan Perhutanan 2015.

Next Post Previous Post