Dua wanita cedera, bayi lelaki selamat, dua kenderaan bertembung

kemalangan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Bamfylde, Dua kenderaan bertembung di Jalan Bamfylde

KUCHING--Dua wanita cedera manakala seorang bayi lelaki selamat dalam kemalangan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Bamfylde, Taman Gan Sweet Choo di sini, petang ini.


Wanita berusia 20-an yang merupakan pemandu mengalami kecederaan pada paha kaki kanan manakala penumpang wanita berusia 50-an cedera ringan pada bahagian kaki.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.12 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang  ke lokasi kejadian.


"Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Fortuner dan sebuah Perodua Kancil secara berdepan menyebabkan pemandu tersepit.


"Pemandu Toyota Fortuner tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, kesemua mangsa telah di keluarkan oleh pihak Bomba dan telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya.


"Setelah selesai mengeluarkan mangsa,anggota melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian untuk mencuci sisa-sisa minyak.


"Setelah memastikan keadaan selamat,anggota bersama jentera bertolak balik ke balai, operasi tamat jam 5.17 petang," ujarnya.

LihatTutupKomentar