Dua penganggur diberkas miliki 20.09 gram syabu


KUCHING--Dua penganggur diberkas kerana memiliki dadah syabu dianggarkan berat kasar 20.09 gram bernilai RM2,009 semalam.


Tangkapan kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 47 tahun dan wanita berusia 37 tahun dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan di sebuah bilik sewa Jalan Matang Taman Lee Ling Commercial Centre di sini, jam 12.30 tengah hari.



Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika hendak membuat pemeriksaan suspek lelaki  telah mencampakkan satu bungkusan plastik warna hitam ke arah luar jendela dan telah berjaya ditemui salah seorang anggota serbuan di atas bumbung.


"Pemeriksaan lanjut terhadap satu bungkusan plastik hitam tersebut dan apabila diperiksa di dalamnya terdapat satu peket plastik lutsinar besar di dalamnya terdapat dua peket plastik lutsinar sederhana besar, 11 peket plastik kecil lutsinar dan lapan keratan straw lutsinar yang masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat kasar 20.09 gram.


"Kedua-dua syspek dimaklumkan kesalahan yang dilakukan dan ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kesemua barang kes dirampas dan kedua-dua saspek dibawa balik ke pejabat BSJND Padawan untuk tindakan selanjutnya. 


"Semakan yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan dadah.


"Siasatan awal yang dijalankan suspek lelaki mengaku terlibat dengan pengedaran dadah jenis syabu sejak awal bulan Mei tahun 2022 Dan mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya.


"Suspek mendapat  bekalan syabu secara bank in  dengan kekerapan dua kali seminggu," katanya.


Katanya, suspek lelaki ditahan di lokap Balai Polis Tapah, manakala saspek wanita ditahan di lokap Balai Polis Beratok.


"Reman ke atas kedua-dua saspek akan dipohon hari ini," ujarnya.

Next Post Previous Post