Dua pemandu cedera kenderaan bertembung

Keadaan kenderaan selepas bertembung di kawasan lampu isyarat Batu 2 di sini malam tadi menyebabkan kedua-dua pemandunya cedera. Gambar BBP Bintulu

BINTULU—Dua lelaki cedera selepas  pacuan empat roda (4WD) dan kereta yang dipandu mereka bertembung di kawasan lampu isyarat Mitsubishi Batu 2 di sini malam tadi.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.17 malam.



Katanya, sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan sebuah 4WD jenis Toyota Hilux.


"Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan pemandu kereta,  seorang lelaki berusia 29 tahun yang tersepit pada bahagian kerusi pemandu dan cedera di bahagian belakang," ujarnya.


Pemandu 4WD terbabit yang merupakan lelaki berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian dahi bagaimanapun berjaya mengeluarkan diri sebelum bomba tiba.


Pemandu kereta jenis  Perodua Beza kemudiannya dibawa oleh unit  EMRS ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut.

Next Post Previous Post