Berhati-hati memandu di Jalan Batu Kawa - Abang Zainal


KUCHING—Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika memandu di Jalan Batu Kawa ke MJC terutama di kawasan hadapan kilang Paragon susulan kerja-kerja menaik taraf yang sedang dijalankan.


Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam tempoh dua hari lokasi itu merekodkan tiga kes kemalangan termasuk satu kes kemalangan maut pada malam tadi.



“Kesemua kemalangan tersebut adalah disebabkan terbabas akibat hilang kawalan.


Keadaan permukaan jalan di lokasi tersebut dalam keadaan berbatu dan tidak rata. Justeru, saya menasihatkan orang ramai agar menghadkan kelajuan yang rendah iatu 50km/j,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Abang Zainal berharap pengguna jalan raya sentiasa bersabar dan menumpukan perhatian semasa memandu agar keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain terjaga," tegasnya.

Next Post Previous Post