Bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia terima Anugerah Khas Datuk Bandar Besar

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang (kanan) menyerahkan Anugerah Khas Datuk Bandar Besar kepada Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

MIRI— Bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menerima Anugerah Khas Datuk Bandar Besar dalam satu jamuan anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) malam tadi.


Chin, 77, pernah berkhidmat sebagai menteri di kementerian tersebut pada tahun 2008 sehingga 2013.


Beliau yang pernah menjadi pengamal undang-undang memulakan karier sebagai ahli Majlis Perbandaran Miri (MPM) sejak 1980.


Pada 1984, Chin memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Miri pada 1984. Beliau kemudian menjadi Ahli Parlimen Miri selepas memenangi pilihan raya umum pada 1986.


Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam empat pilihan raya umum berikutnya iaitu tahun 1990, 1995, 1999 dan kemenangan tanpa bertanding pada 2004 


Sepanjang karier, Chin pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parliman, Kementerian Kebajikan (1986-1990), Timbalan Menteri Sains, Teknologi Alam Sekitar (1990-1995), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan (1995-2004), Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (2004-2008) dan akhirnya sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.


Terdahulu, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata,  Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan terus mengenal pasti individu dan organisasi atas sumbangan mereka.


 "Kita akan menambah senarai penerima sejajar dengan pertumbuhan berterusa," katanya berucap pada majlis di sebuah hotel di sini malam tadi.


Seramai 28 orang terdiri daripada individu serta ahli organisasi dan syarikat tempatan menerima anugerah dalam 11 kategori Anugerah Datuk Bandar Miri edisi ke-4 itu.


Sebanyak 11 kategori iaitu Anugerah Khas Datuk Bandar Besar, Anugerah Kesihatan dan Keselamatan, Anugerah Khas Datuk Bandar, Anugerah Belia, Kebudayaan, Kesenian, Promosi Sukan & Bakat; Anugerah Promosi Pelancongan, Anugerah Kebajikan, Anugerah Penjagaan Kesihatan, Anugerah Alam Sekitar, Anugerah Pendidikan, Anugerah Korporat dan Anugerah Amalan Keselamatan Industri.


Hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Industri Kreatif Pelancongan dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad, Datuk Bandar Perbandaran La Trinidad Romeo Kimo Salda dan delegasi serta pengerusi penganjur Kaunselor Abdullah Jaini.

Next Post Previous Post