Apple tidak berhasrat keluarkan Twitter dari App Store - Elon Musk

Twitter dikeluarkan daripada App Store, Apple tidak berhasrat keluarkan Twitter dari App Store, Elon Musk

WASHINGTON—Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook tidak bercadang untuk mengeluarkan platform media sosial Twitter daripada App Store (kedai aplikasinya) walaupun terdapat laporan bahawa gergasi teknologi itu mengancam berbuat demikian sebelum ini, kata ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk.


“Perbualan yang baik. Antara lain, kami menyelesaikan salah faham tentang Twitter yang berpotensi dikeluarkan daripada App Store. Tim menjelaskan bahawa Apple tidak berhasrat untuk berbuat demikian,” kata Musk pada Rabu selepas menghadiri mesyuarat di ibu pejabat Apple, lapor Bernama.


Pada Isnin, Musk mendakwa Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya, yang akan mengakibatkan platform itu tidak dapat diakses oleh sebahagian besar telefon bimbit.


Spekulasi mengenai isu itu didorong laporan bahawa eksekutif Apple Phil Schiller meninggalkan Twitter susulan pembaharuan yang dibuat Musk.


Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter pada Oktober dan berikrar untuk meningkatkan kebebasan bersuara.


Syarikat itu turut mengembalikan semula banyak akaun yang disekat sebelum ini, termasuk akaun milik bekas Presiden Donald Trump.


Musk berkata beliau akan mencipta telefon pintar baharu jika Apple atau Google mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasi mereka.

LihatTutupKomentar