2 askar Indonesia ditahan seludup dadah dari Malaysia

Sebahagian pil methamphetamine dan ekstasi yang diseludup masuk ke Indonesio. Gambar kredit Antara

JAKARTA—Polis Indonesia menahan dua askar negara itu yang disyaki menyeludup 75 kilogram (kg) methamphetamine dan 40,000 pil ekstasi dari Malaysia ke Pelabuhan Tanjungbalai Asahan pada Oktober 2022.


Pengarah Narkotik Polis, Brigadier Jeneral Krisno H. Siregar berkata, suspek dikenali degan nama ringkas sebagai Sarjan Pertama YT, 42 dan RH Persendirian Pertama, 25, ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan polis pada Oktober.


“Semasa pemeriksaan, polis merampas 75kg kristal methamphetamine dan kira-kira 40,000 pil ekstasi yang mereka sembunyikan.


Sebelum ini dua orang awam dikenali sebagai YSD dan S ditahan di Kota Medan sebelum menerima bungkusan dadah daripada YT dan RH,” katanya dalam kenyataan dipetik ANTARA kelmarin.


Siregar menambah, YT dan RH kemudian diserahkan kepada polis tentera Sumatera Utara, manakala YSD dan S berada di bawah tahanan polis


“Kejayaan penangkapan kedua-dua suspek susulan maklumat daripada operasi penyeludupan dadah yang diterima oleh Bahagian Narkotik Polis,” katanya.

Next Post Previous Post