Tiong menerajui Bintulu Bintulu buat kali ke-6, menang dengan majoriti besar

Pegawai Pengurus Pilihanraya semasa mengumumkan kemenangan Dato' Seri Tiong di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Dato' Seri Tiong King Sing dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mengekalkan kedudukan bagi kerusi Parlimen P217 Bintulu dengan majoriti undi sebanyak 22, 168.


Keputusan pilihanraya bagi kerusi Parlimen P217 Bintulu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam Majoriti undi beliau meningkat tiga kali ganda dalam PRU15 ini iaitu 22, 168 berbanding hanya 7, 022 undi dalam PRU14.  



Kemenangan beliau ini sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bintulu bagi penggal yang ke-6 dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini.


Tiong yang memperoleh sebanyak 43, 455 undi menewaskan dua calon lain iaitu Duke Janteng dari Perikatan Nasional (PN) dengan undi sebanyak 5, 650 dan Chiew Chan Yew dari Pakatan Harapan (PH) sebanyak 21, 287 undi.


Kemenangan beliau dalam menewaskan dua calon lawan ini sekaligus mengambarkan bahawa rakyat di Bintulu terus memberikan sokongan padu terhadap Dato' Seri Tiong dan GPS secara amnya bagi meneruskan agenda pembangunan di Bintulu.


Dalam PRU14, Tiong yang pada waktu itu dari Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihanraya dengan menewaskan calon sama dari DAP iaitu Chiew Chan Yew dan Chieng Lea Phing dari Parti Reformasi Negeri Sarawak dengan majoriti undi sebanyak 7, 022.


Kerusi Parlimen Bintulu secara amnya mempunyai seramai 113, 599 pengundi berdaftar.

Next Post Previous Post