Sungai Siol, Petra Jaya berisiko dilanda banjir kilat

PRABN Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat, Sungai Siol, Petra Jaya berisiko dilanda banjir kilat
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR— Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan tujuh negeri. 


Bagi Sarawak pula, kawasan berisiko ialah Sungai Siol, Petra Jaya di Kuching.


Menurut notis itu, negeri lain terlibat ialah Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor serta Kuala Lumpur.


Di Kuala Lumpur, antara lokasi berisiko ialah Pusat Dagangan Dunia (WTC), Jalan Kuching, Kampung Baru, Jalan Pekeliling, Bulatan Dato Onn-Bank Rakyat, Bulatan Pahang, Jalan Batu Bata, Jalan Pahang dan Jalan Cheras berhadapan Ekocheras Mall, lapor Bernama.


Turut terjejas ialah Jalan Cheras - Desa Aman, Jalan Loke Yew, Kepong Baru, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail,  Masjid Jamek, Universiti Malaya, Jalan Duta, Kampung Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, Jalan Leboh Pasar, stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan LRT Sungai Besi.


Di Selangor, kawasan Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang termasuk dalam daerah yang berisiko banjir.


 Sementara itu, di Negeri Sembilan, daerah yang berisiko ialah Jelebu, Rembau dan Seremban manakala di Melaka ialah Alor Gajah dan Jasin; di Johor melibatkan Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak manakala daerah di Kedah membabitkan Kuala Muda.


Menurut PRABN, risiko itu berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).


Notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.


Penduduk di lokasi berisiko disaran agar mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.


Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.