Sarawak harap kerajaan stabil terajui Malaysia selepas PRU15, Abang Jo

Abang Johari ketika ditemui di pusat penamaan calon Parlimen Petra Jaya di sini, kelihatan sama calon Datuk Sri Fadillah Yusof (kiri)

KUCHING—Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap agar negara ini akan ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan yang stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Katanya, ini kerana setelah hampir empat tahun rakyat disia-siakan dan masa banyak terbuang dengan politik yang tidak menentu. 



“Sepatutnya kita memberi perkhidmatan kepada rakyat lebih-lebih lagi dijangka pada 2023 sehingga 2024 berdepan dengan cabaran ekonomi yang sangat hebat. 


Sudah semestinya GPS akan meletakkan dasar dan hal-hal berkaitan Sarawak dan kepentingan di negeri ini diteruskan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan,” katanya.


Abang Johari ketika ditemui di pusat penamaan calon Parlimen Petra Jaya di sini.


Pengerusi GPS berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon Parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.


Abang Johari turut berharap agar kempen selama 14 hari yang bermula hari ini berjalan lancar.


Abang Johari turut menggesa agar calon berkempen dengan penuh tertib sepanjang tempoh tersebut.


“Saya saksikan banyak kawasan bertanding satu lawan satu, tiga penjuru dan empat penjuru. 


“Proses demokrasi ini akan memberi ruang kepada rakyat Sarawak untuk memilih calon-calon yang akan memperjuangkan dan juga mempertahankan hak kita melalui perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Next Post Previous Post