Sanggup buat laporan palsu kereta sewa dilarikan takut diminta ganti rugi


KUCHING--Temberang seorang lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut membuat laporan polis palsu kereta yang disewa dilarikan akhirnya terbongkar selepas laporan yang dibuat meragukan.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, lelaki berusia 31 tahun itu membuat laporan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kota Sentosa Batu 7 jam 10.10 pagi semalam telah disamun di kedai Sky Aquarium MJC Batu Kawa dan kenderaan yang disewanya telah dilarikan tiga orang suspek tidak dikenali. 


"Hasil soal siasat yang telah dijalankan mendapati bahawa laporan yang telah dibuat adalah palsu dan direka-reka. 


"Suspek sengaja membuat laporan polis seperti itu kerana kereta yang disewanya telah hilang dan bagi membolehkan dia tidak membayar sebarang ganti rugi, suspek telah membuat laporan disamun serta kereta dilarikan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,dalam laporan yang dibuat suspek sebelum itu, ketika dia hendak membuka pintu kereta yang disewanya, tiba-tiba didatangi oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali memakai kereta Perodua Viva warna hitam dan menariknya keluar lalu membawa kereta sewa yang disewa larikan.


"Beg duit miliknya yang berada di dalam kereta turut hilang yang mengandungi kad pengenalan dan lesen memandu D ,kad ATM Maybank dan wang tunai RM50.


"Suspek juga menyatakan tidak dapat mengecam wajah ketiga-tiga lelaki tersebut," ujarnya.


Abang Zainal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post