Rumah pekerja terbakar di Jalan Datuk Stephen Yong

Anggota Bomba memadamkan kebakaran membabitkan rumah pekerja di Jalan Datuk Stephen Yong di sini, awal pagi tadi. Gambar Bomba

KUCHING--Sebuah rumah pekerja terbakar di Jalan Datuk Stephen Yong di sini, awal pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.24 pagi dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.



"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja strutur jenis tidak kekal terbakar keseluruhan.


"Pasukan Bomba menggunakan satu aliran saluran bantu mula 200 kaki air dari pam jentera membuat pemadaman sehingga api padam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa.


"Selepas memeriksakan keadaan selamat, pasukan Bomba bertolak balik ke balai, operasi tamat jam 2.57 pagi," ujarnya.

Next Post Previous Post