Rumah guru rosak dihempap pokok

Gambar BBP Bintulu

BINTULU: Sebuah rumah guru di Sekolah Kebangsaan (SK) kem Batu 18 mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang sekitar jam 8.33 pagi tadi.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian.



"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat sebatang pokok tumbang lalu menghempap bahagian bumbung belakang kediaman," ujarnya.


Sejurus itu katanya, pasukan bomba bertindak memotong serta mengalihkan dahan pokok dari bahagian bumbung  rumah guru terbabit," ujarnya.


Pemeriksaan awal mendapati bumbung rumah guru berkenaan mengalihkan 20 peratus kerosakan.


Mujurlah insiden yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan buat penghuninya.


Setelah kerja memotong serta memindahkan pokok berkenaan selesai dan keadaan didapati benar-benar selamat dan terkawal, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.

Next Post Previous Post