Rubiah ditentang Abang Abdul Halil di Kota Samarahan
Dari kiri Erine, Rubiah dan Sapawi. |
KOTA SAMARAHAN--Kerusi Parlimen Kota Samarahan menyaksikan pertembungan antara dua penjuru iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS-PBB) Datuk Rubiah Wang, 54 dan calon Pakatan Harapan (PH-AMANAH) Abang Abdul Halil Abang Naili,62.
Kedua-dua calon tersebut juga tiba di perkarangan pusat penamaan calon, Dewan Suarah Kota Samarahan pada jam 8.40 pagi.
Rubiah diiringi oleh pencandangnya Sapawi Samat dan penyokong Erine Gadul.
Manakala Abang Abdul Halil diiringi pencadang Awang Julai Awg Udin dan penyokong Sajali Pawi.
Sementara menunggu kertas penamaan calon tamat kedua-dua calon juga sempat sarapan pagi bersama-sama.