Risiko banjir kilat di Sarawak dalam tempoh 24 jam


KUALA LUMPUR—Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran risiko banjir kilat serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.


Di Sarawak, banjir kilat diramalkan berlaku di sekitar kawasan Limbang, lapor MetMalaysia menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini.


Selain Limbang, kawasan barat dan tengah Sarawak diramal mengalami ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam dalam tempoh 16 hingga 18 Nov, lapor Bernama.


Di Pulau Pinang, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Nibong Tebal, Bukit Mertajam, Butterworth dan beberapa mukim sekitar negeri itu.


Hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di beberapa lokasi berisiko di sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak, manakala di Kedah pula melibatkan kawasan Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim.

Next Post Previous Post