PRU15: GPS sapu 23 kerusi selepas menang di Parlimen Baram

Anyi memperolehi majoriti 7,339 undi, GPS sapu 23 kerusi selepas menang di Parlimen Baram, Anyi benam Pengerusi PKR Sarawak di Baram
Anyi memperolehi majoriti 7,339 undi dengan 18,399 undi meninggalkan Roland jauh di belakang yang memperolehi 11,060 undi.

KUCHING— Gabungan Parti Sarawak (GPS) semakin mengukuhkan kedudukannya di Dewan Rakyat setelah berjaya memperoleh kerusi Parlimen yang ke-23 bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi kemenangan Datuk Anyi Ngau di Parlimen Baram hari ini. 


Menerusi keputusan terkini di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anyi yang juga penyandang kerusi berkenaan memenangi pertembungan tiga penjuru bagi kawasan itu dengan majoriti 7,339 undi selepas memperolehi 18,399 undi. 


Beliau menewaskan Roland Engan daripada Pakatan Harapan dan calon Bebas Wilfredentika yang masing-masing hanya mendapat 11,060 dan 324 undi, lapor Bernama.


Terdahulu, SPR membuka 12 pusat mengundi di Parlimen Baram untuk proses pengundian PRU15 berlangsung, susulan beberapa pusat mengundi di situ digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik pada hari pengundian (19 Nov).


Dalam pilihan raya kali ini, GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) bertanding di kesemua 31 Parlimen di Sarawak.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.